Monday, February 5, 2018

Permulaan yang terbaik

Sesuatu perkara yang menjadi titik tolak dalam satu2 perkara adalah sebuah permulaan. Tidak akan ada kenangan dan pengakhiran tanpa wujudnya satu permulaan. Namun, kerana sebuah permulaan jualah terjadinya saat kejatuhan dan kedukaan dalam kehidupan. 

Permulaan yang baik mampu menjadikan sebuah pengakhiran yang terbaik..

Permulaan yang buruk mungkin mencorak pengakhiran yang sama..

Permulaan itu penting. Namun, perlu diingat untuk sentiasa mementingkan juga saat pengakhirannya bagaimana. Dalam pada mencorak bahagia, konsep permulaan itu sangat penting untuk menempuh sebuah perjalanan perjuangan yang panjang dalam setiap langkah kehidupan kita yang bergelar HAMBA.


Permulaan tulisan ini aku coretkan dengan niat untuk menjadikan untaian kata2 yang tersemat sebagai medan untuk aku tidak lupa akan apa itu kenangan dan apa itu perjalanan hidup.

Tulisan yang tercoret sebenarnya mampu menjadikan satu penyelesaian yang santai dan menyeronokkan bagi aku. Lain orang lain caranya. Dan ini adalah cara aku melepaskan tekanan yang terkadang aku perlu simpan tanpa sesiapa pun tahu melainkan AKU DAN ALLAH.

Gelar aku ' pena kata ' kerana hanya melalui tulisan ini aku ingin bicara. Salam satu permulaan dari aku yang juga seorang hamba,anak,dan musafir. :)


                                     Assalam..








No comments:

Post a Comment